Thursday, March 26, 2009

Konvokesyen USM ke-39


Alhamdulillah...My soulmate dah dapat master degreenya...ni la hasil dari penat lelah dan kesabaran kami sekeluarga selama 4 thn ni. Macam2 dugaan yg mendatang sepanjang perjalanannya sebagai pelajar postgrad di USM ni. Dugaan paling besar bila saya selamat melahirkan buah hati kami yg ke2 pada 24 jun 2006, saya telah didiagnos mengidap kanser payudara tahap 3. Tapi Allah itu maha kuasa dan penyayang...dipanjangkan umur saya untuk sama2 meraikan detik kejayaan ini.

Tahniah abang! Untuk hadiah abang... sya hanya mampu untuk menghadiahkan hand bouquet yang digubah sendiri tau...sentimental lak...hehe. Terima kasih gak buat sahabatku Linda (my bestfren eva) kerana melayan kerenahku yang meroyan nak buat hand bouquet ni sendiri dah la last minute...kita berdua mmg serasi bersama.

Yang paling tak best Haidar mengamok...cian abah tadak can nak snap gambar di hari bersejarahnya. Haikal gak yg mendapat mandat untuk jd photographer tak bertauliah pada hari tu. Hasilnya...sungguh tak puas hati! Tapi takpe la better than nothing...


No comments: