Thursday, April 02, 2009

Berdebar

Dah masuk bulan April...teringat pula janji dengan Dr. F untuk sambung baki 3 cycle lagi rawatan kimoterapi yang ditangguhkan hampir 3 bulan. Tapi takut....huhu. Sebenarnya kimo tu tak sakit, cuma mental saya yang tak kuat. Bila sebut saja pasal kimo, tekak saya dah meloya nak muntah.

'Ya Allah kuatkanlah semangat hambaMu ini'

Hati saya cuak juga, terbayang2 sel kanser yang mungkin kembali mengganas di paru2 saya. Masakan tidak! sebulan saja selepas kimo yang ke-3, kesakitan pada dada, tangan dan belakang saya kembali semula. Semakin hari semakin kuat sehinggakan tidur saya sedikit terganggu. Saya dapat rasakan! sama seperti yang saya rasa semasa kanser ini berulang semula ke paru2 pada pertengahan tahun lepas. Bahagian kulit dada pula terasa kebas dan gatal. Tulang pun membengkak dan merah. Saya masih tak dapat kekuatan untuk kimo...

Esok kami 4 beranak akan terbang ke kl naik AirAsia...nasib baik dapat tiket murah. Tujuan ke sana sebenarnya untuk pergi berubat di Muar. Ini adalah rawatan yang ke-3 dengan Roslan pengamal perubatan tradisional yang terkenal di Muar. Saya ambil kesempatan 'bercuti' dari kimoterapi ini dengan mencuba rawatan secara tradisional. Tak salahkan!

'Ya Allah Kau tunjukkanlah rawatan yang terbaik buatku dan Kau permudahkanlah ia'

No comments: