Friday, February 06, 2009

Keputusan CT Scan

Alhamdulillah...Saya panjatkan syukur ke hadrat Allah yang maha pengasih dan lagi maha penyayang. Saya terima berita baik dari keputusan CT Scan pada 4 Feb 2009 yang menunjukkan kanser saya di paru2 ada berkurang sikit. Nampaknya usaha saya selama ini dan doa semua yang tak pernah putus diperkenankan oleh-Nya. Ada lagi 3 cycle rawatan chemoteraphy...tapi saya minta sedikit masa untuk memulakan semula rawatan tersebut. Pada mulanya Dr. F tak setuju, tapi setelah saya terangkan yang saya masih lagi trauma dan mental saya masih tak bersedia untuk melalui hari2 dengan kesan sampingan dari rawatan itu, akhirnya dia bersetuju. Saya memang lembik sikit...saya kagum dengan mereka yang kuat dan semangat untuk menghabiskan semua rawatan tanpa menghiraukan kesan sampingannya. Hmm...kalaulah saya sekuat dan secekal itu. Tapi alhamdulillah Allah telah izinkan saya menjalani pembedahan dan menghabiskan 6 cycle chemoteraphy dan 25 kali radioteraphy pada 2006 & 2007. Dan pada oktober - disember 2008, rawatan chemoteraphy sebanyak 3 kali.

'Ya Allah Kau permudahkanlah dan tunjukkanlah rawatan yang terbaik buatku'

No comments: