Friday, November 20, 2009

Mati Itu Pasti

Menyebutnya memang senang, tapi berapa ramaikah yang redha dengan ketentuanNya? Saya sendiri apabila diuji dengan kanser, saya ingat saya cukup redha...tetapi tatkala saya diuji dengan kesakitan yang lebih sedikit dari biasa baru2 ini, saya mula rasa takut kalau2 masanya sudah tiba. Jujurnya saya tidak mahu pergi lagi...Ya Allah! Aku insan yang lemah. Redhaku hanya di mulut tanpa hati yang benar2 ikhlas. Hari ini saya menangis lagi setelah membaca berita kembalinya ibu kepada seorang sahabat kerana kanser! Saya tahu tak wajar untuk saya menangis...saya harus kuat! Tapi saya tewas...

1 comment:

nick ummar said...

sya..jgn patah semangat. tawakal kpd Allah. huhu