Saturday, November 21, 2009

Anak Anda Pemarah?

Artikel menarik dalam Kosmo Jumaat 20 Nov 09 Oleh YEO LI SHIAN.

Perasaan marah anak mungkin dirangsang oleh ketakutan, cemburu, kekecewaan atau kesunyian. Kemarahan yang sukar dikawal seperti menggunakan bahasa kasar atau merosakkan barangan permainan adalah satu situasi genting.

Apa yang penting anak yang pemarah perlu memperoleh bantuan daripada ahli keluarga. Dalam mendisiplinkan anak yang mudah melenting, Dr. Tim dalam buku The Angry Child menekankan satu formula penting yang dinamakannya 4R.

1. Request (buat permintaan)
Jadikan contoh bagaimana untuk berkomunikasi atau meminta anak melakukan sesuatu dengan rasa hormat.
2. Reason (berikan sebab)
Jika perlu, berikan sebab. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan sesuatu peraturan baru.
3. Remind (berikan peringatan)
Sekiranya si anak tidak memberi kerjasama dalam masa yang ditetapkan, maka anda perlu memberi peringatan kepadanya. Setiap orang memerlukan peringatan apabila perlu.
4. Respond (berikan maklum balas)
Jika anak memberikan kerjasama seiring dengan permintaan anda, jangan lupa memberinya pujian atau tepukan di bahu.

Ataupun boleh praktikkan doa berikut.

Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri


Ayatnya berbunyi : Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuwal qa wi yul aziz.
Tafsirnya: “ِAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”

Tips daripada Ustaz dalam motivasi pagi TV3...baca selawat nabi dan surah An-Namlu ayat 31 32.

No comments: