Friday, July 17, 2009

Nikmat Kesihatan

Alhamdulillah...sekarang saya faham dan bersyukur diduga dengan penyakit yang saya alami. Sesungguhnya penyakit ini sebenarnya tidak menghilangkan kelazatan nikmat Ilahi, bahkan sebaliknya. Dengan penyakit ini barulah saya merasa nikmatnya dan lazatnya kesihatan.

Petikan dari buku "Sakit Sebagai Penghapus Dosa"....Ahli al-Haqq bersepakat mengatakan: Sesuatu itu dikenali melalui perkara-perkara yang bertentangan atau berlawanan dengannya...

Sebagai contoh, jika tidak kerana kegelapan, nescaya cahaya tidak akan dikenali atau diketahui dan ia terus berada dalam keadaan kita tidak merasai kelazatannya.

Jika tidak kerana kedinginan, nescaya kehangatan tidak dikenali atau diketahui dan ia terus berada dalam keadaan kita tidak merasai kenikmatannya.

Jika tidak kerana lapar, nescaya kita tidak merasai kelazatan ketika makan. Begitu juga, jika tidak kerana dahaga, nescaya kita tidak merasai kelazatan yang teramat ketika menghirup air yang dingin.

Jika tidak kerana penyakit, nescaya kesihatan yang kita alami tidak memiliki sebarang kenikmatan. Oleh itu, Dia menurunkan pelbagai jenis penyakit sebagaimana Dia memberikan nikmat kesihatan dan penyembuhan.

Allah yang Maha Mencipta dan Maha Bijaksana mahu manusia merasa dan dapat mengecap pelbagai kenikmatan dan kelazatan yang dikurniakannya agar manusia bersyukur kepadaNya. Tetapi biasanya manusia berada dalam keadaan lupa yang sepatutnya bersyukur. Mungkin mereka menguruskan kesihatan dengan melampaui batas, leka dan alpa, lalu melakukan sesuatu perkara yang bodoh tanpa disedari.

3 comments:

nick ummar said...

nikmat kesakitan - i jd lebih sayang ko u, u r always be my best sis ever!

tuansya said...

i pun sayang ko u...syukur dengan ujian ni, kita satu family makin rapat.

nick ummar said...

sethaun berlalu..i miss u sis..setiap hari..