Penyakit tidak dapat dielakkan, ia pasti mengunjungi setiap insan sama ada tua, muda mahupun kanak-kanak. Penyakit tidak mengenal jantina dan umur. Semua manusia diserangnya pada bila-bila masa yang dikehendakinya.
Imam Abu Abdullah mengatakan sabar menghadapi bala dan penyakit adalah termasuk antara kunci syurga. Ertinya, syurga itu baru dapat dibuka dengan menggunakan kunci sabar dalam menghadapi sebarang penyakit dan kesusahan.
Sakit sebenarnya adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia mengajar dan mendidik. Setiap penyakit tidak kira kecil ataupun besar adalah takdir Tuhan yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa penyakit sama ada secara langsung dari Tuhan ataupun melalui orang lain, kita mula melatah. Mulalah kita terasa Tuhan itu tidak adil dan sengaja hendak menyusahkan kita. Tuhan maha pengasih dan jauh sekali Tuhan takdirkan penyakit hanya menyusahkan hambanya. Marilah kita sama-sama mencungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan kepada kita. Penyakit yang kita tanggung sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji seperti sabar, reda, tawakal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Tuhan, mengharapkan per-tolongan Tuhan, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya.
Nabi Muhammad berkata, �Tidak ada suatu apa pun yang menimpa seorang mukmin, walau duri sekalipun kecuali Tuhan menuliskannya sebagai kebaikan ataupun dihapuskannya segala kesalahan.� Dengan itu, sebenarnya sakit mengandungi hikmah dan keindahan walaupun ia terasa sakit dan menyusahkan.
Buku ini cuba mendedahkan mengenai hikmah dan keindahan di sebalik sakit, selain mengandungi panduan bagi merawat dan menghiburkan pesakit. Hanya kepada Tuhan kita berserah diri supaya segala yang kita usahakan mendapat rahmat dan redanya...dengan izin Tuhan.
No comments:
Post a Comment