Wednesday, February 03, 2010

Ujian...

Kalau saya diuji dengan penyakit... ada insan lain yang diuji dengan kekayaan. Walaupun nampak seperti sakit itu tak bagus, tak mahu, mati cepat dan kaya itu bagus, semua mahu, bahagia... namun implikasinya bergantung kepada diri kita sendiri. Kita yang membuat pilihan dan menguruskannya. Ada yang diuji dengan penyakit dan hubungan suami isteri, kekeluargaan dan hubungan dengan Allah bertambah baik. Yang diuji dengan kekayaan? Mula lupa diri, main kayu tiga, lalai dalam beribadah, rasa berkuasa dan mula riak, keluarga pun porak peranda. Ya Allah! Kuatkanlah iman kami semua dalam menempuhi ujianMu ini. Jauhkanlah perkara yang buruk dan tunjukkanlah kami ke jalan yang benar. Ujian itu peringatan untuk kita semua agar sentiasa mengingatiNya dan kembali kepadaNya.

No comments: