Friday, January 22, 2010

Pantang!

Mesti betul2 pantang... azam tahun2 lepas yang belum tercapai 100%. Banyak betul dugaan...terutama kalau makan di luar, pegi rumah saudara mara atau time ada makan2/ kenduri. Kali ni makin bersemangat lagi setelah terdengar perbualan Haikal dengan opahnya pasal tahi lalat... Opah tau tak?? Tahi lalat mama kat mulut tu maknanya mama tak suka berpantang! Anak bertuah!!! Opah senyum...mungkin mengiyakan! Mama senyap je...tak komen apa2. Sebenarnya kecik ati dengar... terover sensitif la pulak, dengan budak kecik pun nak amik hati?? Akanku buktikan... hari ni terus surf cari senarai makanan yang kena pantang...Ya Allah, kuatkanlah iman dan azam hambamu ini...

PANTANG LARANG MAKANAN UNTUK PESAKIT KANSER
http://rawatkanser.blogspot.com/2009/02/12-pantang-larang-makanan-untuk-pesakit.html

1. Produk Tenusu: Keju, Susu segar, mentega dll. www.notmilk.com/driarsen.html.
2. Seafood: Gamat, Ketam Sotong dll.
3. Minuman: Kopi, Teh, Minuman bercoklat.
4. Daging: Daging Merah seperti daging Lembu, Kambing, Unta, Rusa dll.
5. Sayur dan Buah: Bergetah dan berangin seperti Nangka, Sukun, Cempedak Kundur dll.
6. Ikan yang Bersisik: Haruan, Gelama, Merah.
7. Makanan Segera dan Produk dalam Tin,: Ikan Sardin, Laici, Jagung, Minuman bergas serta bahan yang mempunyai bahan pengawet.
8. Makanan Berjeruk: Ikan Masin, Telor asin, Budu, Belacan dll.
9. Makanan yang di Panggang: Sate, Ikan Bakar (Semua yang dibakar terdapat banyak karbon yang tinggi).
10. Kulit Ayam dan Itik mesti dibuang.
11. Makan banyak sayuran crucifer seperti brokoli, kobis bunga dll.
12. Makan sekurang-kurangnya 3 hidangan ikan air sejuk seperti salmon, tuna, tenggiri, kod.
13. Makan banyak tempeh, tofu, tahu dan air kacang soya.
14. Makan sayuran organik
15. Makan cendawan payung, tiram, shitake dsn.
16. Makan makanan yang banyak betakeratone, karotenoid dan flavonoid seperti tembikai, betik, tomato dan carrot.
17. Makan sayuran alium seperti bawang putih, bawang merah, bawang hijau, kucai dan daun bawang.
18. Minum air yang bersih yang bebas dari klorin, banyakkan air mineral.
19. Jangan memakan kentang, bawang yang bertunas, kerana tempat yang bertunas itu tinggi dengan karsinogen atau agen kanser.
20. Makanlah makanan seperti spirulina.
21. Kurangkan minuman bergula.
22. Elakkan kudapan seperti keropok, kerepek, kuih manis, kek yang sarat dengan lemak, gula dan garam.
23. Jika makan di luar, makanlah makanan yang berkukus, sup, reneh/stew atau oven grill.

1 comment:

nick ummar said...

gambate ne....kuatkan semangat menghadapi mknan2 yg tak sihat