Tuesday, August 11, 2009

Redha dan Tawakkal

Cerita bulan Ogos... Hari lahir saya yang ke-31 pada 28/08/09. Hubby 6/8...che' kie 10/8...adi 12/8...abe nik, sani dan ramai lagi lahir dalam bulan ni. Ogos 2000 konvo degree di UKM...Ogos 2004 konvo master di USM, Ogos 2006 mula rawatan kimoterapi...Ogos 2008 metastatic ke paru2...Ogos 2009 Alhamdulillah saya masih lagi di sini. Setelah 3 tahun diuji dengan penyakit ini, saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati hidup yang indah ini bersama2 yang tersayang. Jika dulu setiap kali berdoa saya mohon kepada-Nya agar saya disembuhkan dari kanser...kini saya mengharapkan hanya yang terbaik buat saya, sihat ataupun pun mati adalah kehendak-Nya... kehidupan ini telah dipinjamkan kepada saya selama 31 tahun dan saya tidak berhak untuk untuk mempersoalkannya. Saya redha! Kini saya berdoa agar diampunkan segala dosa, dikuatkan iman, ditingkat kesabaran dan kesyukuran, dijauhi dari perasaan dukacita dan berputus asa, dijemput ke rumah-Nya sekali lagi samada untuk umrah ataupun haji...dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan diredhai oleh-Nya. Ameen.

1 comment:

nick ummar said...

semoga kita sekeluarga mendapat rahmat pd ramadhan thn ni..

tak saba nak tunggu u blk esok =)