Sempat juga menjenguk beberapa blog cancer patient/survivor hari ni. Itu pun setelah Cik Lin call bgtau keadaan adik ipar Prof. Kamil...Ayu. Innalillahiwainnailairojiun... Banyak juga kes yang recurrence. Dah lama juga saya tak singgah ke blog2 ini...alasannya Mr Hubby tak galakkan sebab saya pasti akan menitiskan air mata setelah membaca kisah/coretan mereka. Bukan apa hubby saya tu tak suka tengok saya sedih dan dia mesti risau kalau saya menangis. Saya tahu apa yang mereka rasa...jadi luahan mereka begitu terkesan di hati saya. Mereka begitu kuat...masih meneruskan rawatan chemoteraphy berbanding saya yang agak keberatan menyambung kembali rawatan yang ditinggalkan 6 bulan yang lalu.
Tapi hari ni lain pulak ceritanya...saya ke Hosp Kepala Batas untuk berjumpa herbal oncology physician nak sambung bekalan herba yang dah habis. Selesai saja urusan di Unit Rawatan Alternatif, terus saja saya mencari Dr F di klinik oncology. Alhamdulillah beliau ada dan senang menerima kedatangan saya dan hubby walaupun hari ni bukan klinik onco dan kami tak buat appointment pun. Saya mengadu segala kesakitan dan ketakselesaan yang saya tanggung selama ini dan Dr F minta saya buat x-ray. Dan hasilnya ada cecair dalam paru2...kata Dr F cecair tu datangnya dari kanser yang dah lama bertapak di paru2 saya tu. Saya dibekalkan dengan ubat tahan sakit, ubat batuk dan antibiotik. Untuk chemo? Saya minta tempoh untuk fikir dan bersedia sepenuhnya. InsyaAllah saya sentiasa berdoa dan yakin Allah akan tunjukkan rawatan yang terbaik buat saya dan permudahkannya. Ameen.

Rabbi Yassir Walaa Tu'assir Wa Tammim Bil Khair
Oh Lord, make things easier for me and do not give hardhips; And make my end one of khair.

No comments:
Post a Comment